Apabila kita sudah lama tidak bersua, aku jadi segan dengan kau. Lagi-lagi bila semua orang bilang perkara yang sama tentang diri kau, gaya kau, perwatakan kau yang sudah total berubah. Dan perubahan itu buat aku menjadi begitu malu pada diri sendiri kerana masih menjadi aku yang dahulu, tidak berganjak. Kalau menapak pun barangkali cuma setapak.
Ya, aku masih ingat kau pernah berkata dahulu- 'Zaman berubah, manusia jua berubah. Namun perubahan yang bagaimana manusia inginkan bukan zaman yang menentukan.' Aku terpukul.
Ada segelintir orang, apabila diingatkan tentang mati, dinasihatkan untuk kembali kepada tikar sembahyang, maka kau pun sudah pasti tahu jawapan yang akan diberi. Sama ada 'tunggu masa tua' atau 'kubur asing-asing'.
Ada segelintir orang, mahu lakukan kebaikan tetapi niatnya jadi terbantut apabila dia memikirkan 'aku belum sempurna' mahupun 'aku tahu ungkap tak bisa bertindak serentak'. Ah, gawat!
Namun kau begitu berbeda sekali. Kau duduk dengan insan baik suluk yang menyedarkan kau tentang hidup yang terlalu singkat, yang membangkitkan kau tatkala subuh berkumandang azan, yang menjadi tempat kau menumpang bahu tatkala kau merasakan dunia begitu menyempitkan dada..... Dan kau menerima segala bentuk perubahan dengan lembut sekali.
Aku jadi begitu malu. Saban hari kau berkenalan dengan aku langsung aku tidak memberi kesan baik-baik kepada kau dan teman lain kita. Dan kita barangkali hanya dihanyutkan dengan tawa-tawa basi yang tidak bisa dimakan dan memberi manfaat kepada perut. Dan barangkali juga kita hanya ditenggelamkan oleh amali-amali yang kononnya difrasakan atas nama persahabatan tetapi tidak berlandaskan kehendak Tuhan.
Astaghfirullah! Aku beristighfar panjang. Begitu sekali aku ini meracuni hidup kalian. Kini seharusnya aku bersyukur kau telah dilayarkan ke arus yang sebenar bersama teman-teman barumu. Begitu sekali aku bersyukur kau begitu pantas mengayuh hidup kau menuju jalan Tuhan. Ya, aku berbangga punya kawan seperti kau.
Lalu aku tutupi buku-buku kenangan agar kau bisa hidup tenteram dan kita masih punya peluang untuk duduk-duduk lagi jika ada peluang. Saat itu, mungkin kita di atas sampan yang sama kawan.

Posted in:
0 orang cakap:
Post a Comment